Beautiful Places





Pulau redang, Pantai Teluk Dalam Kecil, Terengganu





Hai semua, saya ingin memberitahu sedikit info mengenai pulau-pulau yang tercantik di negara kita ini. Mesti you guys tertanya-tanya kan? So, disini saya ingin menyatakan beberapa pulau yang tercantik di Malaysia.

Pulau Redang merupakan Pulau yang terbesar diantara beberapa buah pulau yang terdekat antaranya ialah Pulau Pinang, Pulau Lima, Ekor Tebu, Pulau Kerangga Besar, Pulau Kerangga Kecil, Pulau Ling, Pulau Paku Besar dan Pulau Paku Kecil.








Pantai Teluk Dalam Kecil juga akan menyediakan kemudahan seperti bilik mandi, tandas, dapur, dan juga tempat berkelah kepada pengunjung yang datang ke Pulau ini.


 Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah:

1. Snorkelling
2. Scuba Diving
3. Berkhemah
4. Memancing
5. Berenang
6. Merentas Hutan
7. Memerhati burung
8. Mengambil gambar di darat dan di dasar laut







Pulau Redang juga mempunyai dua buah pantai iaitu Pantai Pasir Panjang dan Pantai Teluk Dalam Kecil. Pantai Teluk Dalam Kecil ini adalah salah satu lokasi resort yang bertaraf lima bintang dimana harga bagi penginapan ini dalam jangkaan akan berharga RM210 selama satu malam bagi sebuah keluarga. 




kepada sesiapa yang ingin ke Pulau Redang Pantai Teluk Dalam Kecil yang cantik ini, anda boleh menaiki bot dari Jeti Merang yang akan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Pantai ini atau dari Jeti Taman Shahbandar, Kuala Terengganu yang mengambil masa selama 1 jam.





Jeti Merang




Jeti Shahbandar




No comments:

Post a Comment

Bon travel & tour sdn.bhd www.bontravelandtour.com.my email: bontravelandtour@gmail.com no.tel: 089 536 123 @ 0...